Tuesday, March 12, 2013

Pahit Manis Hidup

Assalamualaikum dan Salam 1 blogger kepada semua... 
Post ini akan menceritakan pahit manis hidupku..
Post ini tak ada berkait dengan sesiapa pun...
hanya berkongsi cerita sahaja...

Sejak aku start masuk kat IPT, aku berharap dapat lebih rapat dengan semua orang... nak senang cerita impianlah.. Alhamdulillah, tercapai jugak... namun, masih dalam 60%.. apa puncanya... entah, aku pun tak tau.. kenapa 40% itu tak nak accomplish...


Sejak dua menjak nie, aku rajin tengok running man sampai aku boleh kenal watak dan perwatakan dia orang semua dalam rancangan realiti SBS Good Sunday Running Man ...
Most part aku paling suka bila Lee Kwang Soo (이광수) dengan Kim Jong Kook (김종국) bergaduh.. tak kisah time bila, mostly bila dua-dua orang nie dalam satu team... 
Dalam aku layan karenah dua orang nie, aku terasa macam aku pun sama macam dia orang punya stail..(aku nie kuat berangan)... serupa dengan perwatakan lah ceritanya...



Kadang-kadang, aku terasa jugak diri aku nie macam Jong Kook.. bukan sebab kuat pun... tapi ada la... hehe, rahsia.. kerana hanya aku sahaja yang tahu apa kelebihan aku... seronok jugak bila jadi macam Jong Kook nie, dia tolong orang yang tak berapa nak boleh dan sebagainya... aku pun lebih kurang la.. tapi tak macam dia la... aku nie siapa la sangat dari sudut korang...


Kadang-kadang jugak, aku terasa diri ini macam Kwang Soo jugak.. sebab aku nie tak best di sisi semua kawan-kawan.. selalu diketepikan...tak dan (terkeluaq cakap utara) cakap dah kena potong... tak kisah kat mana-mana pun, macam tu la aku kena... haha... memang panas rasa bila ko nak cakap tiba-tiba kene potongkan... tapi aku akui la suma benda nie dan aku anggap benda nie macam biasa... so buat don't know je la...


Walaupun aku selalu jadi begini, namun ia tidak mematahkan semangat aku untuk berkawan dengan ramai orang... Bagi aku, Semua kawan-kawanku adalah sebahagian daripada keluargaku... kerana ini adalah konsep aku terapkan pada diri aku.. cuma ada waktu suara lembut je, ada jugak tertinggi suara.. namun dia orang(kawan-kawan) aku macam rilek je.. so aku pun rasa macam ok campur serba salah.. aku siap fikir apasal aku pergi tinggikan suara... bila dah ok, cakap lembut balik tapi keluar jugak nada tinggi.. 
tak tau macam mana nak buat? tapi aku cuba untuk berubah... sambil cuba untuk mengurangkan berat badan yang macam tank kereta kebal... hihihi...


Jadi aku berharap kepada semua pembaca & rakan-rakan sekelian, aku meminta maaf atas segala kesalahan & kekasaran (Macam hari raya pulak)... ye la.. sebab manusia nie bukan maksum... terpelihara dari sifat tercela... memeng ada buat salah, cuma tak perasan... sebagai kawan, seharusnya tegur jika kawannya ada buat kesalahan.. kalau boleh aku nak la suma kawan-kawan aku macam kat gambar kat atas... kan seronok..

Ok.. Sampai sinilah cerita yang aku nak sampaikan...
aku tau tajuk post tak kena langsung dengan cerita yang diceritakan..
tapi datang plak idea dari 2 orang tu... nice...

Sekian,
Terima Kasih...

Assalamualaikum & Salam  1 blogger...

P/S : Korang nak comment apa2, comment je la... 

No comments:

Post a Comment