Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Setelah sekian lama, dapat juga update blog dengan izin Allah.
Dalam mencari jalan yang sebenar, banyak juga halangan yang ditempuhi termasuk Jalan Kegelapan yang cuba menghantuiku sekian lama. Alhamdulillah, aku dapat lari dari kegelapan dengan bantuan Allah. Dalam ku kembali ke jalan yang benar, ada pilihan-pilihan jalan yang boleh dipilih.
Jalan inilah yang aku pilih. Manhaj Salaf. Kenapa aku pilih jalan ini? Jalan ini lebih menjurus kepada jalan Nabi Muhammad (صلى الله عليه و سلم) dan para Sahabat (رضي الله عنه). Salaf mengambarkan orang-orang terdahulu dan orang-orang yang lebih mulia. Hadis dari Bukhari dan Muslim, sabda Nabi:
خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ
"Sebaik-baik manusia adalah generasiku (para Sahabat) kemudian yang menyusul selepasnya (tabi'in) kemudian yang menyusul selepasnya (tabi'ut tabi'in)."
(Bukhari & Muslim)
Tiga generasi ini (para sahabat, tabi'in dan tabi'ut tabi'in) yang disebut sebagai generasi Salaf Al-Soleh. Imam kepada generasi salaf adalah Nabi, sebagaimana Nabi berkata kepada anak Fathimah,
فَإِنَّهُ نِعْمَ السَّلَفُ أَنَا لَكِ
"Sesungguhnya sebaik-baik salaf adalah aku bagimu."
(Bukhari & Muslim)
Petikan dari Blog Dr. Fathul Bari Mat Jahaya.
Sekian sahaja post untuk masa ini.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
P/S : Jika ada silap dalam artikel dan blog, sila tegur saya supaya dapat betulkan.
Syukran.

