Friday, December 28, 2012

Perjalanan Ke Europe

Salam Sejahtera, hari ini, aku nak story sikit pasal perjalanan aku di Europe..
cuti-cuti macam nilah kena pergi bukakan mata dan minda...
aku beserta phamily pergi 2 negara iaitu Sweden, France & Denmark..
pegi untuk 5 hari & 4 malam..
agak seronok jugaklah perjalanan..
ada jugak yg aku slack, naik kapal terbang... cepat mabuk...

Dari sini (Malaysia), aku naik MAS punya kapal terbang sampai Copenhagen, Denmark..
Apabila sudah sampai ke Copenhagen, tanya dengan parents aku "nak pegi mana lepas ni?"
Tiba-tiba, ada plak boss ayah aku mai ambil kita orang dari airport tu..
Baru aku tahu yang kami pergi Europe atas alasan kerja.
Haha, apa-apa pun aku enjoy pegi sana..
tapi, yang tak bolehnya.. sejuk sangat.. 3 degree celcius..

Ha... kat bawah aku sertakan gambar-gambarnya...



Orang Europe Pergi kerja naik basikal jerw...


Tasik berdekatan dengan hotel aku.


Tempat site yang ayah aku kena pergi.


Kincir Angin..



Eiffel Tower tapi gambar tak full.. 


Yang ini aku tak ingat apa nama. Tapi pyramid ini ada kaitan dengan illuminati menurut sumber yang boleh di percayai.


Inilah hotel yang aku menginap.. Harga dia boleh tahanlah.



Copenhagen Souvernirs. 5 km dari hotel..


Full View Eiffel Tower..


Kereta inilah yang aku & phamily naik.. nice kot... haha...

Lastly, aku boleh kata seronok jugak la pergi..
ok.. sampai sini jer la..
Sekian..



P/S : tak tau nak tulis apa.. blank ~.. so aku tibai je la....

Friday, November 30, 2012

Entri Tak Bertajuk


Salam semua, Post nie yang bernama Entri yang tak bertajuk ni sebab aku tak tau nak buat entri apa pun.. Aku punya Final Exam dah nak dekat.. apa pun aku tak study lagi.. yang aku tau.. dok ingat kat benda lain...
Contohnya, main game, cari pasal ilmu agama, stalker facebook orang.. paling best sekali, aku belajar Bahasa Arab iaitu bahasa yang digunakan di Jannah (Syurga).. Punya tak ingat la belajar, sedar-sedar dah dekat Final Exam da.. aku guna internet belajar bahasa Jannah ni... aku belajar pun secara rahsia.. bukan suma org tau..




             

Windows 8 Pro Packaging Box          Windows 7 Ultimate Box


Nie aku nak kongsi sikit story pasai member aku pakai Windows 8, member aku nie suma Windows dia reti pakai.. dari Windows 98 sampai la Windows 7.. Satu hari, dia kata nak pakai Windows 8.. aku cakap kat dia.. "hang nie betui ka?" dia kata ok... lalu, aku pun menjalankan prosesnya sehingga member aku punya machine dah siap install Windows 8.. pastu aku bagi la dia Windows 8.. ambik ang, terkial-kial dia pakai... siap tanya lagi macam mana nak cari control panel.. aku gelak terbahak-bahak punya...


 

Metro Start Menu Windows 8


nie la start menu Windows 8 tapi yang nie version yang down sikit.. bak kata member aku, macam mana nak cari Control Panel.. aku nak bukak control panel pakai run pastu masuk command prompt... 
aku dah pakai Windows 8 nie dari First Version sampai yang dah keluar version latest skarang... 
memang best la Windows 8..
kepada pencinta Windows, aku mengesyorkan pakai la Windows 8 nie.. confirm terbaik...
skrang nie, aku slow-slow nak pakai server plak.. yang design dia lebih kurang macam Windows 8..

kat bawah nie aku attachkan gambar Windows Server 2012.

Metro Start Menu Windows Server 2012

Server Manager Windows Server 2012

Desktop Windows Server 2012


Sampai sini la kot aku cerita... 
aku dah tak dak idea nak cerita lagi...

Syukran..
Ma'assalamah..
Assalamualaikum...

Thursday, November 22, 2012

BELAJAR ADALAH SATU IBADAH

Di dalam surah Adz-Dzariyaat, ayat 56 Allah s.w.t. telah menegaskan iaitu:


Maksudnya: Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.

Ayat di atas menerangkan bahawa apa sahaja yang dilakukan selain daripada berniat ibadah kerana Allah taala adalah sia-sia dan tidak mendapat sebarang ganjaran dan rahmat daripada Allah s.w.t. Indahnya Islam itu sehinggakan setiap apa yang kita lakukan sama ada bercakap, mendengar, melihat, berjalan, makan, minum, belajar,  berfikir dan sebagainya itu dapat dijadikan sebagai ibadah selagi kita berniat melakukannya kerana Allah taala.
Persoalannya, bagaimanakah kita ingin menjadikan belajar itu sebagai ibadah??? Perkara penting dalam menjadikan belajar sebagai satu ibadah adalah:

  •      Niat ikhlas kerana Allah taala
  •      Tidak melalaikan
  •      Tiada unsur maksiat
  •      Melakukan yang terbaik!!!



IKHLASKAN HATI UNTUK BELAJAR
KERANA ALLAH S.W.T.

Tidak sama mereka yang menuntut ilmu kerana Allah taala dengan mereka yang menuntut ilmu hanya kerana ingin mendapat ganjaran, darjat dan pujian daripada makhluk (manusia). Mereka yang belajar kerana Allah taala faham hakikat sebenar menuntut ilmu dan tidak memerlukan sebarang peringatan untuk mengulangkaji palajaran. Ibu suruh kita buat, ibu tidak suruh kita mesti buat. Ayah marah kita belajar, ayah tidak marah kita kena belajar. Semua ini kerana kita melakukannya kerana mengharap rahmat daripada Allah dan niat beribadat kepadaNya. Berbeza pula dengan orang yang belajar kerana mengharapkan pujian, ganjaran dan anugerah daripada manusia. Mereka tidak ubah“Seperti Pahat Dengan Penukul”. Jika tiada yang marah atau menjanjikan ganjaran, mereka tidak akan melakukannya.

Sikap malas dalam menuntut ilmu itu menjadi lebih parah kerana ditunggangi oleh iblis dan syaitan laknatullah. Sememangnya iblis dan syaitan itu sentiasa tidak mahu menjadikan orang Islam itu berilmu supaya mudah disesatkan. Malah iblis sendiri pernah berikrar kepada Allah s.w.t. ketika dia dihalau keluar dari syurga “Aku Akan Menyesatkan Anak Cucu Adam Sehingga Hari Kiamat”. Pelbagai cara dilakukan iblis bagi menyesatkan manusia. Orang kaya disesatkan dengan hartanya. Orang miskin disesatkan dengan kepapaannya. Orang beribadah disesatkan dengan amalannya dan orang berilmu disesatkan dengan pengetahuannya. Hanya satu golongan sahaja yang terselamat daripada iblis dan syaitan ini. Mereka adalah golongan yang ikhlas.

Sifat ikhlas juga membolehkan petunjuk dan hidayah daripada Allah sampai ke hati. Mereka yang ikhlas menuntut ilmu sentiasa berada di dalam rahmat Allah dan mendapat keberkatan ilmu. Hati menjadi terang, minda menjadi tenang dan mudah memahami apa yang dibaca dan diajarkan. Ia memudahkan jalan apabila berhadapan dengan peperiksaan.



TIDAK MELALAIKAN

Apabila melakukan urusan seharian janganlah sampai melanggar batasan syariat. Islam membahagikan ibadah kepada dua kategori iaitu ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji. Manakala ibadah kedua pula adalah ibadah umum seperti makan, tidur , riadah, belajar, bekerja dan sebagainya. Jangan pula kita melakukan ibadah umum sehingga melalaikan ibadah khusus. Misalnya, belajar dari pukul tiga petang hingga tujuh petang sehingga terlupa ataupun melambatkan solat asar. Bagi mendapat keberkatan dalam setiap ibadah umum, ibadah khusus haruslah diberi keutamaan.

Salah satu sebab kenapa orang Islam gagal cemerlang adalah kerana kita tidak cukup faham dan menghayati apa yang dikatakan hidup itu adalah ibadah. Setiap usaha kita seperti belajar akan lebih diberkati jika kita sentiasa menunaikan ibadah-ibadah wajib seperti solah dan puasa. Malah lebih elok lagi jika diperbanyakkan solat-solat sunat. Allah s.w.t. berfirman di dalam Al-quran:


Ertinya: Dan pada sebahagian malam hari solat tahajjudlah (sebagai suatu ibadah) tambahan bagimu, mudah-mudahan tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.
( Al-isra’: 79 )


Maknanya, kalau kita mahu Berjaya di dunia ini, solat mesti diutamakan. Begitu mengecewakan apabila 80 peratus pelajar sekolah tidak cukup lima waktu sehari. Sedangkan solat itu tiang agama dan doa itu senjata orang mukmin. Bagaimana doa dapat dimakbulkan apabila tidak solat? Bagaimana Allah mahu melayan permintaan kita sedangkan kita tidak tunduk dan patuh dengan perintahNya? Bagaimana hati kita mahu tenang berhadapan dengan pelajaran apabila kita tidak mensyukuri nikmatNya dengan mendirikan solat?

Syarat pertama bagi menjadi seorang pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat ialah dengan mendirikan solat. Sayangilah Islam dan carilah ilmu kerana mahu memartabatkan Agama suci kita Islam.




JANGAN SESEKALI MENDEKATI  MAKSIAT DAN PERKARA MUNGKAR SEMASA BELAJAR BERKUMPULAN


Maksiat menghitamkan hati dan membuat hidup kita jauh daripada rahmat Allah. Orang yang hidup bergelumang dengan maksiat sentiasa berada dalam keadaan resah gelisah, tertekan, rungsing dan berserabut. Keadaan sebegini pastinya tidak membantu pelajar apabila mahu menumpukan perhatian kepada pelajaran. Kesannya, belajar lambat faham, cepat lupa, usaha tiada keberkatan dan jiwa sentiasa resah. Apabila dikaji secara mendalam kes-kes maksiat yang berlaku di kalangan pelajar sekolah hari ini adalah begitu membimbangkan.

Pelajar-pelajar ini telah menyalahgunakan kesempatan waktu belajar secara berkumpulan dengan perkara yang sia-sia. Belajar secara berkumpulan sebenarnya merupakan salah satu aktiviti belajar yang dapat membantu pelajar cemerlang dalam peperiksaan. Sayangnya, tujuan belajar berkumpulan ini kerap melencong daripada tujuan yang sebenar, tidak produktif dan hanya menyebabkan kemurkaan Allah. Hal ini demikian kerana aktiviti belajar secara berkumpulan telah dicemari dengan perkara-perkara mungkar seperti “berdating”. Bagaimanakah ilmu yang dipelajari hendak mudah difahami jika semasa menuntut ilmu kita melakukan perkara yang dilarang oleh Allah? Adakah aktiviti belajar berkumpulan yang kita lakukan itu akan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah s.w.t.?

Selain itu, mereka yang terlibat dengan aktiviti belajar berkumpulan sebaiknya janganlah memakai pakaian yang boleh menjolok mata mereka yang melihatnya kerana kajian yang dibuat oleh salah seorang saintis daripada Rusia telah mengesahkan nafsu seorang lelaki lebih terangsang melalui penglihatannya. Oleh itu pelajar perempuan yang menyertai aktiviti belajar secara berkumpulan diharapkan dapat memakai pakaian yang sopan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Yang paling penting adalah aktiviti belajar secara berkumpulan ini seeloknya dilakukan di tempat yang terbuka agar dapat mengelakkan daripada berlaku fitnah.



LAKUKAN YANG TERBAIK!!!

Soal mendapat semua ‘A’ dalam peperiksaan ataupun tidak adalah soal kedua. Apa yang penting berusaha bersungguh-sungguh dan melakukan yang terbaik. Kerana Allah berfirman dalam Al-Quran yang maksudnya “Tidak akan Aku ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka benar-benar berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib mereka sendiri.”

Pasti ramai yang bersetuju anda belum melakukan yang terbaik dan masih banyak ruang untuk memperbaiki diri. Inilah masalah kebanyakan pelajar. Apabila ditanya tentang cita-cita selepas dewasa kelak, semuanya mempunyai cita-cita yang tinggi. Seperti hendak menjadi doktor, jurutera, peguan, arkitek, pensyarah dan sebagainya. Ironinya, yang dapat nombor satu dalam kelas hendak menjadi doctor, begitulah juga mereka yang mendapat tempat ke-40. Pelajar yang mendapat ‘A’ dalam semua subjek hendak menjadi jurutera, begitulah juga mereka yang mendapat gagal dalam semua subjek.

Kenapa begini? Ini kerana naluri manusia itu sentiasa mahukan kesempurnaan dan yang terbaik. Persoalannya kenapa tidak lakukan yang terbaik juga? Mengapa mereka yang gagal ini tidak pernah sedar akan hakikat diri mereka? Jika mereka hendak menjadi doktor atau jurutera sama seperti pelajar yang cemerlang, mereka sepatutnya melebihkan usaha mereka. Allah s.w.t. telah menjelaskan di dalam Al-Quran surah An-Najm ayat 39 yang bermaksud, “Dan tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.”

Dalam mengejar kejayaan dalam pelajaran anda perlu lakukan yang terbaik. soal mendapat nombor satu ataupun tidak, semua ‘A’ ke tidak, ke universiti ataupun tidak, adalah soal kedua. Paling penting anda perlu lakukan yang terbaik, empat perkara penting yang perlu anda ingat dalam belajar adalah:

  • Usaha untuk melakukan yang terbaik. 
  • Tawakkal iaitu hak kita adalah untuk usaha dan hak Allah menentukan   segalanya. 
  • Berdoa supaya setiap apa yang dilakukan memberi hasil yang memuaskan, mendapat rahmat daripada Allah dan diberkati jua olehNya. 
  •    Redha dan pasrah iaitu menerima apa sahaja hasilnya dengan hati yang terbuka

Dalam berusaha tidak ada erti penyesalan. Kita menyesal apabila kita melakukan dosa ataupun kesalahan. Tetapi penyesalan tidak sepatutnya wujud dalam berusaha. Tetapi kenapa masih ada pelajar yang mengeluh kesal? Kerap kali apabila keputusan peperiksaan diumumkan kita mendengar suara-suara keluhan pelajar yang tidak berpuas hati dengan hasil yang diperoleh. Pasti ada yang berkata “Ish, kalaulah aku belajar lebih rajin, pasti aku mendapat keputusan yang lebih cemerlang.” Keluhan sebegini menunjukkan seseorang itu belum melakukan yang terbaik dalam pembelajarannya lalu menyesal. Penyesalan berlaku kerana dia tidak melakukan yang terbaik dan dia tahu dia sepatutnya mendapat hasil yang lebih baik. Namun, Pepatah melayu ada mengatakan “Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Gunanya.” Apabila kita melakukan yang terbaik pastinya kita redha dengan apa jua yang telah ditentukan oleh Allah dan pastinya kita tidak akan menyesal dengan usaha kita lalu berkata “Alhamdulillah, inilah hasil daripada usaha aku selama ini dan aku redha dengan ketentuanMu Ya Allah.”

Berusaha keras semata-mata bukanlah bermakna anda melakukan yang terbaik. Sebaliknya anda perlu tahu pelbagai persedian psikologi, strategi dan teknik belajar bagi memastikan usaha keras dan kesungguhan itu memberikan pulangan yang setimpal. Mugkin anda pernah mendengar mereka yang belajar hingga lewat malam dan awal pagi tetapi mendapat hasil yang biasa-biasa sahaja. Ataupun mereka yang rajin ke sekolah dan tuisyen serta menyiapkan semua kerja sekolah tetapi tetap mendapat keputusan yang tidak seberapa. Kenapa begini keadaannya sedangkan mereka sudah berusaha? Ini kerana usaha keras tanpa ilmu hanya akan memberikan hasil yang biasa-biasa sahaja.  

Thursday, November 15, 2012

Kesengsaraan Umat Islam Terutamanya Di Palestin

Masjidil Aqsa

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke Hadrat Allah S.W.T dengan Limpah Dan KurniaNya kita dapat hidup dengan selesa pada waktu ini..
Sebaik saja saya melihat berkembangan di Palestin, saya terasa sebak dan menangis kerana saudara sesama islam saya dibunuh oleh Zionis Laknatullah..
Bukan saja di Palestin, malah di Syria, Iraq yang mana mereka dihentam oleh Syiah Laknatullah (Kroni Zionis).. tidak juga dilupakan di Kashmir dan Rohingya dimana mereka dihentam oleh pemimpin yang anti-islam..

Saudara-Saudari,
Mungkin kita di sini hanya dapat mendengar sahaja rintihan mereka. Apakah kita tidak mahu menyahut panggilan mereka?


Masjid Bani Umaiyyah


atau kita membiarkan sahaja rintihan mereka..

Mari kita fokus kepada Zionis Laknatullah..

Banyak bantahan terhadap keganasan zionis yang dilakukan oleh semua negara termasuklah Para-para Rabbi Yahudi.. Namun, ia tidak mematahkan semangat zionis untuk memerintah Palestin, merobohkan Masjidil Aqsa dan membina Haikal Sulaiman yang didakwa mereka kuil suci. Dibawah saya sertakan gambaran Haikal Sulaiman. 


alt
Haikal Sulaiman

Mereka sudah lama berusaha untuk merobohkan Masjidil Aqsa kerana keinginan mereka untuk membangunkan kembali Haikal Sulaiman, di atas kawasan Masjidil Aqsa. Tetapi mereka menyembunyikan hasrat dan matlamat mereka. Mereka 

Sedikit info tentang Haikal Sulaiman,

*Haikal Sulaiman dipercayai dibina pada tahun 960 SM oleh Nabi Sulaiman a.s.
 
*370 tahun kemudian, Haikal Sulaiman diruntuhkan oleh kerajaan Babylon yang menakluk Baitul Maqdis (Jerusalem). 

*Setelah itu, Tentera Farsi menakluki Baitul Maqdis dari kekuasaan Babylon dan membina semula Haikal Sulaiman. 

*Tetapi pada tahun 70M, Kerajaan Romawi telah menyerang Baitul Maqdis dan menghancurkan kembali Haikal Sulaiman.

*Haikal Sulaiman dikatakan sebagai Pusat Dunia dan tempat dimana bakal lahirnya Al-Masih Ad-Dajjal, pembela Kaum Yahudi.

Di sini saya berharap bahawa kita banyakkanlah berdoa kepada mereka-mereka yang memperjuangkan diri mereka demi tanah air dan islam yang tercinta..

Semoga Allah Merahmati mereka (Mujahidin-Mujahidin) yang memperjuangkan diri mereka..
dan tempatkanlah mereka di Jannah.

Sebelum saya mengakhiri, Saya terlihat kata-kata dari sahabat saya, saya akan tunjukkan kepada anda semua.

tangisan itu tangisan pejuang .
teriakan itu teriakan sang gempita .
walau bedilan menerpa di bumi .
walau peluru menyiat kulit berdarah .
iman kami takkan goyah .
diri ini takkan mudah rebah ..
masih bergema gagah takbir dilaungkan .
selagi itu kami BERJUANG!!
pasti SYAHID kami dalam perjuangan!!
ALLAHUAKHBAR!!!
*ayuh bersma, doa kita untuk mereka!!

Sekian,

Assalamualaikum.






Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434

                                 
                                             


Assalamualaikum, kepada semua rakan-rakan blogger... Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1434 Masihi.. Diharapkan semoga kita dapat menghijrahkan diri kita dari suatu yang lama kepada yang baru... Ingatlah wahai sahabat, ini merupakan permulaan hidup pada tahun baru..
Bertemakan Wasatiyyah Tunggak Kesatuan Ummah..
Di sini saya lampirkan link Perutusan Maal Hijrah 1434 oleh Tn. Guru. Hj. Abdul Hadi Awang.

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=print&sid=1095

Sekian,
Terima Kasih

Assalamualaikum.

Tuesday, November 13, 2012




                                        FIRST POSTING