Friday, February 8, 2013

Kehidupanku dan K-Pop



Assalamualaikum, Agak lama aku tak update blog disebabkan kebuntuan idea.. of course juga, aku sebagai seorang student kena jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang student... Well, bila dah jadi student... masa itu emas, perak & gangsa.. sebab?? kehidupan student di IPTS penuh dengan onak yang berduri... apa  yang aku mengarut nie... maksudnya, penuh dengan kerja-kerja rumah(hostel), assignment & presentation sampai kalo nak main game kat lappy, kene fikir 4 or 5 kali.. sebab seperti disebutkan diatas sesangat banyak seperti rak-rak buku di perpustakaan...


Inilah tempat aku menuntut ilmu dunia dan sebaliknya..

Disebalik kehidupan aku sebagai seorang student, aku ni self proclaim more to religious things... masa aku semester 1 kat tempat aku belajar... aku tak kenal lagi erti k-pop... namun, ada seorang room mate aku yang memang betul2 suka kat k-pop. Nama dirahsiakan atas sebab2 tertentu. Lalu, aku terfikir apa yang best dengan k-pop? aku keep mempersoalkan dari banyak side (hiburan, sukan dan sebagainya) kat diri aku pasal k-pop.. Selalu jugak aku dengar lagu2 k-pop dia.. Pernah sekali aku pakai laptop dia kejap... 
Perrghh, banyak pulak lagu korea dalam laptop dia... kekeke... aku tergelak kecil sebab tak percaya ada orang yang simpan..


 
Girls Generation (SNSD)

Dipenghujung semester 1, aku telah diperkenalkan artis korea yang top "Girls Generation" oleh adik angkat perempuan aku.. Perghh.. bak ang, muka comel lote... suara mmg aauumm la (best)... Since adik angkat aku bagi tau yang group nie memang popular.. aku cuba untuk layan... mana la tau tak best, bole la bantai dia balik (jangan fikir benda lain pulak).. Tapi, ternyata tekaanku salah.. dimana aku layan semua lagu & music video dia... Keesokkan harinya, aku bertemu dengan adik aku ni(adik angkat).. Belum sempat aku nak bagitau yang kumpulan punya lagu dengan MV(Music Video) dia best.. aku telah diperkenalkan dengan satu rancangan variety show korea dibawah SBS Good Sunday...

 
SBS Good Sunday : Running Man

Variety show yang aku mention tadi ialah Running Man... Aku blank sebab tak pernah dengar rancangan ni.. Awal semester 2, aku cari kat internet cerita Running Man... Pepatah mengatakan, alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.. aku pun download la episod 1 untuk menonton.. Walla! best kot.. aku keep download sampai latest episod... Aku simpan semua episod Running Man dalam external hard disk aku.. sapa nak mai la amik kat aku.. free of charge (FOC).. Tapi, aku pun dah terikut cara dia, cuma bukan semua la.. 

Tafsir Al-Quran

Kata orang, nak layan apa-apa pun, ikut hang la.. tapi, pandailah hang selaraskan duniawi dan akhirat..
sebab tu aku self proclaim more to religious things.. Aku layan macam mana sekali pun k-pop, j-pop(japan) & yang sama erti dengannya.. Tanggungjawab aku sebagai Hamba kepada Rabb masih tak terputus... Kena sentiasa beribadah kepadaNya... 

Kesimpulannya, aku berharap kepada semua kawan-kawan jangan benci member-member yang suka ke arah korea dan sama waktu dengannya....

Setakat itu sajalah Entri kali ni...
Sebarang pendapat atau pandangan bolehlah korang kongsikan di comment box..
Sekian.. Terima Kasih..

안녕히 가세요 = Goodbye.

No comments:

Post a Comment